Followers

Friday 1 June 2012

bantu membantu tak salah kan

assalammualaikum

lama rasanya tak bukak blog
sejak kebelakagan ni saya sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak anak
anak ke-7 saya sedang sakit sekarang ni
sudah 17 hari terlantar di hospital kuala lumpur 

jiran jiran yang sakit sebelah katil dia pun da bertukar orang
tapi keadaan anak saya masih lagi sama

beberapa hari yang lepas anak saya baru sahaja selamat menjalani pembedahan
dan nanti akan menyusul lagi satu pembedahan untuk mengeluarkan tulang belakang yang reput
kemudian digantikan dengan tulang belakang besi
dan kos untuk pembedahan ni memerlukan perbelanjaan yang besar

nasib baik ada kawan yang sudi membuat iklan untuk meringankan sedikit perbelanjaan
harap kos yang diperlukan dapat dikumpul dengan segera 
agar anak saya dapat menjalani pembedahan
dan kembali sihat seperti dulu kala 

Amiin.



terima kasih kepada yang sudi membantu 


sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meninggalkan komen yang menarik disini :)