Followers

Tuesday 17 April 2012

cara-cara membuat bunga sabun

assalammualaikum dan hai semua

baik la hari ni salmi nak bercerita cara-cara nak membuat bunga sabun
selama ni tak terpikir pun nak share dengan orang ramai
tapi ada request daripada nur nadia rusli


baik la 
mula-mula sediakan bahan-bahan seperti sabun,gam,tepung dan air
bila da ada bahan baru boleh buat

yang lecehnya nak membuat bunga sabun ni ialah
MENYAGAT sabun sehingga haluussss gitu
memang menguji kesabaran sambil membuat senaman tangan

langkah pertama yang perlu buat tuh la sagat sabun sehingga hancur
kemudian uli sabun dengan air sambil masukkan tepung dan gam
uli sehingga tangan anda lenguh 
atau sehingga semua bahan menjadi sebati

kemudian anda perapkan di dalam plastik selama semalaman
supaya permukaan adunan sabun menjadi licin dan berkilat
jika tidak diperapkan 
adunan akan cepat berkulat dan berubah wajah menjadi hodoh da burok sekali

lepas proses pemerapan anda boleh la mula kan proses melembutkan tangan anda pula
bentukkan adunan tersebut menjadi bunga atau pun corak yang diingini 
pada lidi atau dawai 
kemudian biarkan sehingga kering 
apabila da siap dan kering boleh la simpan dalam kotak dan hantar kepada pelangan

senang kan ?
semoga anda semua berjaya menghasilkan bunga sabun yang menarik



sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Monday 16 April 2012

lucky draw contest by izzul

assalammualaikum dan hai semua

sejak kebelakangan ni salmi agak sibuk sedikit 
dengan urusan rumahtangga dan anak-anak
lama rasanya tak bukak blog dan update post

ni pun bukak sebab kena tag dengan anak
dia nak sangat menang lomo aquapic

murah je benda tuh
tapi kalau dapat free lagi best katanya
tapi kalau tak de rezeki menang kena la kumpul duit dan beli sendiri

tarikh tutup da nak dekat da
kalau tak silap 20 April ni
ha betul la 20 April 2012
bape hari je lagi 
meh la semua join sama contest menarik ni 
tekan SINI cepat
syarat yang dibuat pun mudah je
boleh pilih gambar sendiri tau
tak percaya cuba tekan gambar kat bawah ni


last sekali syaratnya tag kepada 5 orang kawan blogger
so sekarang salmi nak tag kepada semua blogger yang singgah ke sini 
lai lai anda semua ditag jangan lupa join contest menarik ni tau

P/S : harap2 salmi diantara yang bertuah =)

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Sunday 8 April 2012

rezeki

assalamualaikum rakan2 blog
hari ni saya,suami dan kak adik pergi hantar ank masuk tahfiz d simpang pulai.ipoh.


setelah selesai penyerahan ank dgn pihak pengurusan tahfiz,
dlm perjalanan keluar tak sangka suami mengajak gi cemaron highland.

alangkah seronoknya
kak adik berangan miliki ladang  ni


kami  pusing2 dan beli sedikit buah tangan utk di bawa balik


lihatlah kak adik ni kena dera bawa barang
nasib laaa, dia seorang ja yg ikut.
anak yg lain tak nak ikut dah ada program masing2.

keluar rumah pagi,
malam dah sampai rumah.
dlm 1 hari 4 negeri kami lalui.
kuala lumpur,perak,pahang d selangor.
sampai rumah terus masak sayur yg dibeli.
letih tapi seronok.


TERIMA KASIH SUAMIKU.
SENTIASA MENYAYANGIMU.


sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Friday 6 April 2012

semoga cepat sembuh

assalamualaikum.

hari ni salmi tak da apa2 program,
cuma melayan fb d rumah.
tiba2
ternampak status 

tergerak hati utk gi ziarah memandangkan jarak hospital selayang dgn rmh Salmi pun tak jauh.
Bila tanya ank  pun ok ja.
buah tangan yg di bawa


semoga  Khir Al haj cepat sembuh.

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

mana mak ?

*sila sediakan tisu dengan secukupnya sebelum membaca


Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Thursday 5 April 2012

ziarah kwn sakit apa yg perlu kita bawa?

assalamualaikum.

apakhabar rakan2 blog hari ni?
akhir2 ni ramai kwn2 salmi yg duk wad hospital
sakit yg tak dapat di kenal pasti.

dikesempatan itu salmi mengajak ank2 menziarahi kwn2 yg sakit di hospital
utk 
menyedarkan pd ank2 kita tak semestinya sentiasa sihat.


hari ni dpt idea utk bagi cenderahati pd kwn2 yg sakit 
tak kan gi ziarah kwn2 yg sakit dgn tgn kosong ja.
inilah hasil gubahan dari bunga sabun istimewa
khas utk kwn yg sakit.








semoga kwn2 cepat sembuh,bolih pulang ke rumah 
dan
menjalani kehidupan seperti biasa.

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Tuesday 3 April 2012

segmen lady aira jom tambah kawan sampai tidur

assalamualaikum dan hai semua

kalau blogwalking pasti kita akan terjumpa sesuatu yang menarik kan ?
tadi semasa blogwalking saya terjumpa segmen menarik ni
segmen jom tambah followers sampai tidur
daripada blog adik aira 


syaratnya kena tag kepada 3 org tapi saya nk tag kepada semua org yang singgah blog ni
supay kita sama-sama bertambah followers 
good luck everyone

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

Monday 2 April 2012

asegmen blogwalking sambil tambah followers oleh cik lisa

assalammualaikum dan hai kawan-kawan semua

hari ni satu lagi segmen yang berjaya menarik perhatian saya
segmen blogwalking sambil tambah followers oleh CIK LISA


kepada kawan-kawan yang lain jom la kita join segmen ni sama-sama
kita tak kan rugi apa-apa pun
malah lagi untung tau
untung sebab ape?
sebab followers kita akan bertambah
betul tak tipu
kalau tak percaya try la join segmen ni dulu 


sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

wahai kaum adam sedarkah anda ?

assalammualaikum dan hai semua


hari ni saya nak berkongsi satu cerita dengan anda semua
satu hari di sebuah kafeteria
ramai kaum adam beragama islam sedang menikmati sarapan pagi mereka
dan ape yang saya lihat kebanyakan mereka bersarapan dengan rokok di tangan
minum menggunakan tangan kiri sebab tangan kanan memegang rokok

dimana sunnahnya?
sedih rasanya bila melihat situasi sebegitu
jika amalan sekecil itu pun diabaikan
apatah lagi perkara yang lebih besar

macam mana kita nak minta bangsa lain menghormati kita jika kita tidak menghormati sunnah kita sendiri ?


sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy