assalammualaikum dan hai semua
baik la hari ni salmi nak bercerita cara-cara nak membuat bunga sabun
selama ni tak terpikir pun nak share dengan orang ramai
tapi ada request daripada nur nadia rusli
baik la
mula-mula sediakan bahan-bahan seperti sabun,gam,tepung dan air
bila da ada bahan baru boleh buat
yang lecehnya nak membuat bunga sabun ni ialah
MENYAGAT sabun sehingga haluussss gitu
memang menguji kesabaran sambil membuat senaman tangan
langkah pertama yang perlu buat tuh la sagat sabun sehingga hancur
kemudian uli sabun dengan air sambil masukkan tepung dan gam
uli sehingga tangan anda lenguh
atau sehingga semua bahan menjadi sebati
kemudian anda perapkan di dalam plastik selama semalaman
supaya permukaan adunan sabun menjadi licin dan berkilat
jika tidak diperapkan
adunan akan cepat berkulat dan berubah wajah menjadi hodoh da burok sekali
lepas proses pemerapan anda boleh la mula kan proses melembutkan tangan anda pula
bentukkan adunan tersebut menjadi bunga atau pun corak yang diingini
pada lidi atau dawai
kemudian biarkan sehingga kering
apabila da siap dan kering boleh la simpan dalam kotak dan hantar kepada pelangan
senang kan ?
semoga anda semua berjaya menghasilkan bunga sabun yang menarik
terima kasih kepada nur nadia rusli kerana bertanyakan soalan yang menarik dan berminat untuk belajar membuat bunga sabun :)
ReplyDelete