Followers

Tuesday, 24 January 2012

perubahan anak bujang

assalamualaikum

semalam petang saya dan suami sampai rumah terkejut nampak dua anak bujang ade kat rumah
sepatutnya mereka ada di madrasah
siapa la yang hantar dan kenapa mereka ni berada di rumah ?
hati pun tertanya-tanya


rupa-rupanya kakak die yang bawa mereka balik
katanya mereka nak jumpa dan ziarah ummi n abah
hari tuh jumpa kat madrasah ta puas agaknya
tuh yang mereka menelefon kakak die minta bawak balik rumah


meriah rumah dengan perangai dua beradik bujang ni
mereka bercerita tentang ustaz,ustazah,madrasah dan rakan tahfiz yang lain
yang si bongsu tuh tak habis2 ditawafnya satu rumah 
tah ape yang dicarinya pun tak tahu la
kakak-kakak pula kuat menyakat adiknya


adiknya tuh baru pertama kali berpisah dengan ummi abah
pas tuh kena pulak tinggal di asrama dan belajar berdikari
abang die pun sama saja menyakat adiknya
cerita perangai die kat madrasah
pertama kali lipat,basuh baju dan ragam die dengan kawan2 tahfiz die semasa kat madrasah
macam-macam cerita yang diceritakan mereka

lepas bercerita dan bergurau
mereka berdua melalau mencari baju n barang-barang yang kurang untuk bawak balik ke madrasah
kemudian solat maghrib berjemaah
dan hantar mereka pulang ke madrasah

kebetulan masa sampai di madrasah pelajar-pelajar sedang bersiap untuk solat isyhak
dan si abang lepas bersalaman terus mengambil wuduk untuk menjadi iman
manakala si adik bersalam dengan abahnya dan mencium pipi kemudian die berbisik
''jom solat sekali''

syukur alhamdulillah ade juga perubahan anak bujang saya tuh
walaupun belum sampai sebulan tinggal di madrasah
semoga perubahan ini akan berterusan sehingga merka berjaya dan menjadi anak yang soleh
amiin~

sudi-sudi la baca dan tinggalkan komen anda disini takpun like je da kira okeyy

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meninggalkan komen yang menarik disini :)